Content removal request!


BALI UNITED FC(2) vs (0) KEDAH DARUL AMAN FC :AFC CUP 2022 TAMAT PERLAWANAN

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menganggap pertemuan menentang juara Liga 1 Indonesia Bali United FC pada saingan Piala AFC 2022 di Bali Indonesia malam ini sebagai ujian besar buat Sang Kenari musim ini. Hadir ke Bali dengan dua pertukaran pemain import baharu - Mahmoud Al-Mardi dari Jordan dan Sanrawat Dechmitr dari Thailand - KDA FC akan bersaing dalam kumpulan G yang turut dibarisi Kaya Ilo Ilo FC dan Visakha FC. Menurut pengendali KDA FC Aidil Sharin Sahak, ujian yang perlu dibuktikan Sang Kenari pada aksi sulung Piala AFC kali ini dianggap cukup mencabar kerana Bali United FC kini memiliki reputasi serta aura juara sebanyak dua kali dalam Liga 1 Indonesia. "Ini adalah ujian besar dan mencabar yang harus kami lalui dan ia tidak mudah buat kami berdasarkan reputasi dan pencapaian tuan rumah. "Selaku juara Liga 1 Indonesia, sudah pasti mereka membawa aura berkenaan pada perlawanan pertama nanti. Namun sebagai jurulatih, saya tidak mahu pasukan terlalu memikirkan kehebatan pihak lawan sehingga memberi tekanan buat kami dalam memburu kemenangan. "Sebaliknya saya yakin dengan segala persiapan yang telah kami rancangkan sebelum ini, kami mahu turun beraksi dengan penuh berkeyakinan, bersemangat dengan fokus mencari kemenangan pada satu demi satu perlawanan yang akan dihadapi terlebih dahulu tanpa terlalu memikirkan target keseluruhan dalam kumpulan G," kata Aidil. Dalam perkembangan yang sama, Aidil turut menarik nafas lega dengan ketibaan penyerang utamanya Ronald Ngah Wanja yang tiba lewat sehari ke Bali berbanding pasukan pada Isnin lalu disebabkan masalah visa.. CREDIT FOTO: KEDAH DARUL AMAN FC ARTIKEL RUJUKAN: BH ONLINE @Awang Studios Sports