SOROTAN PERLAWANAN FA3 PKNS FC melakar kejutan buat pasukan Johor Darul Ta’zim apabila menewaskan mereka 1-0 di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Terdahulu, perlawanan bermula rancak namun pasukan pelawat melakukan serangan mengejut pada minit ke-49 menerusi Kpah Sherman yang menanduk masuk hantaran R. Surendren. Beberapa peluang cuba dilakukan pasukan JDT namun segalanya seakan tidak menjadi. Keputusan kekal hingga ke wisel penamat dan pasukan PKNS FC berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2019. credit : Malaysian Football League ( MFL ) #ShopeePialaFA2019 #roadto1ksubscribers