Temu bual bersama pemain Harimau Malaya, Faisal Halim selepas tamat perlawanan terakhir kumpulan E menentang Korea Selatan di Al Janoub Stadium. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3. Faisal Halim berkata liga Malaysia tidak bermain laju seperti di Piala Asia. Tak banyak pasukan yang bermain dengan corak permainan intensiti tinggi kecuali Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC. #HarimauMalaya #DemiMalaysia #AsianCup2023