SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS3 Skuad Tok Gajah memperoleh kemenangan 2-0 dalam aksi minggu ke-3 CIMB Liga Super menentang pasukan Sabah. Pahang meledak gol awal pada minit ke-21 menerusi jaringan Ivan Carlos dan Herold Goulon menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 untuk gol kedua.