Content removal request!


PRE-MATCH:JOHOR DARUL TAZIM vs PJ CITY FC:Liga Super Malaysia 2022

Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak mahu meneruskan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Petaling Jaya City FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam ini Bagaimanapun, di sebalik keghairahan ingin memburu kemenangan, pengendali JDT, Benjamin tetap mengambil sikap berhati-hati dengan penampilan corak permainan barisan pemain PJ City FC yang bakal memberi kesukaran terhadap pemain skuad Harimau Selatan. "Kami harus bersiap dengan perancangan taktikal yang ampuh apabila berdepan PJ City FC dan mereka pasukan yang akan tampil beraksi konsisten kerana mahu mendapat keputusan terbaik buat mereka dan kami perlu berwaspada. "Mereka bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan dan kami akan berdepan pasukan yang liat untuk ditewaskan dan apa yang penting kami harus menjalani proses pemulihan pemain selepas beraksi menentang Selangor, Jumaat lalu. Mora juga menegaskan penyerang PJ City FC, Darren Lok  perlu dikawal bagi memastikan dia berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pasukan kami. oleh itu pemain tidak boleh leka dan membiarkan barisan pemain lawan menguasai permainan dan kami akan tampil dengan corak permainan konsisten bagi memburu kemenangan kedua dan mahu menjarakkan pungutan mata," kata Mora. Kehadiran semula penyerang kebangsaan, Darren Lok, dalam kesebelasan utama pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC diyakini mampu memberi impak positif terhadap kekuatan pasukan itu ketika berdepan cabaran Johor Darul Ta'zim (JDT)  mlm ini Pengurus pasukan, K Rajendran berkata skuad bimbingan P Maniam sudah membuat persiapan rapi dan merangka strategi terbaik termasuk menyenaraikan barisan pemain terbaik dalam misi mencuri mata walaupun beraksi di tempat lawan. "Pemain juga sudah dinasihatkan perlunya mereka beraksi secara luar biasa dan memberikan komitmen lebih 100 peratus, bagi memastikan saingan dapat diberikan dengan baik terhadap JDT dan seterusnya mendapatkan keputusan positif," katanya. Mengulas lanjut, Rajendran sedar akan perjuangan sukar bakal diharungi pemain pasukan itu atas reputasi besar anak buah Benjamin Mora, yang setakat ini mereka belum mengalami sebarang kekalahan. Meskipun begitu tegasnya, adalah bukan mustahil pemain skuad berkenaan untuk mencipta kejutan ke atas JDT, jika mereka dapat menunjukkan satu persembahan mantap dan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang pasukan lawan itu. "Saya berharap mereka dapat kekal fokus dan mengurangkan kesilapan selain memastikan setiap perancangan serta strategi disusun jurulatih dapat terjemahkan dengan baik," katanya. ===================================== CREDIT FOTO: JDT JST FOTO: PJ CITY FC ARTIKEL RUJUKAN:MY METRO ONLINE ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia @Awang Studios Sports