#BuletinBernama : Negeri Sembilan FC mengesahkan gelaran juara Liga Premier buat musim ini selepas hampir 10 tahun kemarau piala liga tempatan dengan menang ke atas PDRM FC 4-2 pada aksi terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Pada aksi di stadium Paroi, skuad Hobin Jang Hobin berjaya menewaskan PDRM FC dengan kemenangan bergaya menundukkan anak buah Mohd Shamsul Hisham Abd Razak tanpa kehadiran penyokong.