SOROTAN PERLAWANAN FA3 Juara bertahan, Pahang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Shopee Piala Fa apabila menewaskan pasukan UKM FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Pahang bagaimanapun terlebih dahulu terpaksa bergelut bagi mendapatkan gol tunggal menerusi ketua pasukan, Matthew Davies pada minit ke-84 yang sekaligus mengesahkan kemaraan skuad Tok Gajah. Kedua-dua pasukan menampilkan aksi berkualiti dengan melancarkan serangan berbahaya namun keputusan kekal 1-0 sehingga ke wisel penamat. credit : Malaysian Football League ( MFL ) #ShopeePialaFA2019 #roadto1ksubscribers