Pahang julang Piala FA buat kali ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, menewaskan Selangor dengan jaringan dua gol.
Selangor jelas tidak mempunyai rentak yang dimahukan dalam usaha mendapatkan 3 mata. Sebaliknya, taktikal yang dibawa oleh Abu Bakar Fadzim jelas memberikan kejayaan buat PKNP FC pada perlawanan ini. Keputusan penuh, Selangor 0-3 PKNP FC.
Sumber: Football Malaysia LLP
Pahang layak ke suku akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Darul Makmur, di sini sebentar tadi. Jaringan tunggal pemain import Gambia, Mohamadou Sumareh pada babak pertama sudah cukup menceriakan penyokong skuad Tok Gajah.
Kedah mencatatkan kemenangan sulung di laman sendiri, musim ini apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Darul Aman pada aksi pusingan kedua Piala FA, malam tadi. Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar muncul wira pasukannya apabila meledak jaringan tunggal pada minit ke-119 selepas Negeri Sembilan mengheret permainan ke masa tambahan. Berpunca daripada hantaran bijak pemain gantian Syazwan Zainon ke tengah kawasan penalti pelawat, Baddrol bijak meloloskan diri untuk menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan, Ilham Amirullah.