Kesilapan Penjaga Gol Membawa padah - PENANG FC vs KUALA LUMPUR CITY FC by @Fredereez Channel - Post Details

Kesilapan Penjaga Gol Membawa padah - PENANG FC vs KUALA LUMPUR CITY FC

Jaringan Romel Morales pada saat-saat terakhir membolehkan Kuala Lumpur City FC mencuri satu mata apabila mengikat Penang FC 1-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Sepakan lencong Sheriddin Boboev memecah kebuntuan pada minit ke-77 namun Morales muncul penyelamat KL City dengan gol penyamaan pada minit ketiga masa kecederaan.

Similar Posts!

Formasi 4-2-4 MELAKA UNITED(3) vs(1) KEDAH DARUL AMAN
Formasi 4-2-4 MELAKA UNITED(3) vs(1) KEDAH DARUL AMAN

SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA Melaka United FC bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mencatat kemenangan kedua Kumpulan C dengan menumpaskan Kedah Darul Aman FC 3-1 di Alor Setar. Kpah Sherman menyudahkan hantaran Tchetche Kipre pada minit ketujuh perlawanan untuk gol pendahuluan tuan rumah, namun jaringan Sony Norde dan seterusnya Manuel Ott menjadikan kedudukan 2-1 memihak Melaka United sebelum tamat separuh masa pertama. Sambung babak kedua, Ott melepaskan rembatan padu tepat ke penjuru gawang dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Melaka pada minit ke-53. #TMPialaMalaysia2021



Hebat ni Penjaga Gol- KUCHING CITY FC vs PERAK FC
Hebat ni Penjaga Gol- KUCHING CITY FC vs PERAK FC

Perak FC bangkit dua kali untuk mengikat Kuching City FC 2-2 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. Hudson de Jesus membuka tirai jaringan seawal minit kesepuluh dengan gol pertama Kuching di pentas TM Piala Malaysia namun sepakan penalti Adib Abdul Ra'op menyamakan kedudukan empat minit selepas bermulanya babak kedua. Pada minit ke-67, Alif Hassan cemerlang menyempurnakan sepakan percuma untuk mengembalikan kelebihan Kuching, tetapi Aizat Safuan Razali memastikan kedua-dua pasukan memungut mata pertama kempen ini dengan gol penyamaan 2-2.



Terengganu FC tunjuk kehebatan vs Selangor FC
Terengganu FC tunjuk kehebatan vs Selangor FC

Terengganu FC meraih kemenangan kedua berturut-turut dengan menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi Kumpulan B. Rembatan Dechi Marcel N'Guessan dari luar kotak penalti memberi kelebihan awal kepada tuan rumah dan Lee Tuck menjadikan kedudukan 2-0 dengan menyudahkan hantaran Faisal Abdul Halim pada babak kedua. Selangor merapatkan kedudukan ketika pemain pertahanan, Ashmawi Yakin menjaringkan gol pertamanya musim ini namun kedudukan kekal sehingga wisel penamat



Tidak dipedulikan oleh Pengadil-MELAKA UNITED (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN
Tidak dipedulikan oleh Pengadil-MELAKA UNITED (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN

Melaka United FC meraih tiga mata penuh dengan menumpaskan Negeri Sembilan FC 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan C. Rembatan jarak jauh Adriano pada minit ke-27 memberi kelebihan kepada tuan rumah sebelum S. Kumaahran memastikan kemenangan dengan gol kedua pada minit ke-65. #TMPialaMalaysia2021