MALAYSIA (1) vs (4) KOREA SELATAN:PIALA ASIA U-23:PRE-MATCH by @Awang Studios Sports - Post Details

MALAYSIA (1) vs (4) KOREA SELATAN:PIALA ASIA U-23:PRE-MATCH

Ranjau berliku bakal dilalui skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara apabila turun menentang Korea Selatan dalam aksi pertama Kumpulan C kempen Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotif, Tashkent, di Uzbekistan, malam ini. Situasi itu diakui pengendali negara, Brad Maloney yang mengakui bukan mudah untuk menundukkan gergasi bola sepak Asia itu, yang turut hadir dengan status selaku juara bertahan kejohanan itu. Katanya, walaupun di atas kertas nyata segala kelebihan memihak lawan yang sering beraksi di Piala Dunia atau Sukan Olimpik, anak buahnya tetap akan cuba memberi saingan termampu dan tidak akan mengibarkan bendera putih terlalu awal. "Kita hanya perlu teruskan latihan dan berdepan Korea Selatan dalam aksi pertama adalah lawan yang sering jadi pilihan. "Kita jangkakan mereka pasukan paling kuat dan sangat kompetitif dalam saingan ini. Pemain mereka beraksi di luar (di Eropah) dan dalam (Liga Korea), saya jangkakan ia perlawanan sukar dan kita akan lakukan terbaik," katanya. Untuk rekod, kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sekali dalam saingan sama pada 2018 apabila Malaysia tewas tipis 1-2 di tangan Korea Selatan di peringkat suku akhir. Malah, pencapaian itu dianggap paling cemerlang sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2013, dengan penampilan di Uzbekistan ini adalah yang kedua selepas 2018 manakala skuad negara terkandas di pusingan kelayakan dalam tiga lagi edisi iaitu 2013, 2016 dan 2020. Ujar Maloney, motivasi pemain ketika ini berada pada tahap terbaik dan bersedia memulakan kempen ini. "Saya gembira melihat pemain berada dalam keadaan selesa, positif dan teruja untuk turun beraksi. Selepas berdepan Korea Selatan, skuad negara akan meneruskan saingan dengan menentang Thailand pada Ahad diikuti Vietnam pada Rabu depan. Dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir dan bakal berjumpa dua pasukan terbaik dari Kumpulan D yang terdiri daripada Jepun, Arab Saudi, Tajikistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Lupakan kegagalan di Hanoi kerana ia sudah berlalu, kini bumi Tashkent menggamit pemain negara untuk mencipta satu lagi sejarah baharu buat bola sepak negara. Ingat, tiada istilah mustahil dalam kamus bola sepak jadi selamat berjaya buat skuad B-23 di Tashkent. ===================================== CREDIT FOTO :FA MALAYSIA FAM ARTIKEL RUJUKAN:MY METEO ONLINE ===================================== Sertai saluran ini untuk mendapatkan akses kepada manfaat: https://www.youtube.com/channel/UCQGj0EhAmtW2hf4plX4xUVQ/join Terima kasih keranan menonton jagan lupa SUBSCRIBE https://youtube.com/c/AwangStudiosTv100 ) supaya anda tidak ketinggalan info info terkini dan perkembangan Bolasepak Malaysia #awangstudios #pialaasiau23 #MalaysiavsKoreaSelatan #MalaysaU23vsKoreaSelatanU23 @Awang Studios Sports

Similar Posts!

FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH
FULL TIME: FILIPINA(0) vs (4) MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH

FILIPINA vs MALAYSIA| KELAYAKAN PIALA ASIA U-23 2024 |MAS vs FILIPINA PRE-MATCH Perlawanan kedua Kelayakan Piala ...



JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023
JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA | JDT VS KELANTAN LIVE 2023

JOHOR DARUL TAZIM VS KELANTAN FC | 2ND ROUND PIALA MALAYSIA l JDT VS KELANTAN LIVE 2023 Assalamualaikum ...



KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports
KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG @AwangStudiosSports

KERANA MULUT 'MAT SIUU' DIGANTUNG Assalamualaikum dan salam sejahtera Khabar mengejutkan arena bola sepak ...



PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY
PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" JDT vs KL CITY

PIALA FA|KL CITY SEDIA BUAT JDT "MENANGIS" ULANGI FINAL PIALA MALAYSIA Aksi terumbang ambing yang dipamerkan ...



PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam
PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM (2) vs (0) NEGERI SEMBILAN FC | JDT vs NES |Liga Super 9 Malam

PRE- MATCH | JOHOR DARUL TAZIM vs NEGERI SEMBILAN FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,kerangcakan saingan ...



KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1)  TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm
KUALA LUMPUR CITY FC (1) vs (1) TERENGGANU FC | Pre-Match Liga Super | live 9 mlm

PRE-MATCH LIGA SUPER : KL CITY FC vs TERENGGANU FC Assalamualaikum dan salam sejahtera,Aksi liga super diteruskan ...



PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm
PRE-MATCH|JOHOR DARUL TA'ZIM (6) vs (1) KUALA LUMPUR CITY FC|Liga Super| Live 9 mlm

PRE-MATCH | JOHOR DARUL TA'ZIM vs KUAPA LUMPUR CITY FC | Liga Super | 9 MLM Assalamualaikum dan salam sejahtera ...



AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???
AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ???

AKSI TERENGGANU FC vs JDT PENGADIL BERAT SEBELAH ??? "Pengadil 'ragut' aksi terbaik dipamerkan Terengganu FC ...