Ini Rupanya Sebab Mengapa Loqman Hakim Disenaraikan Dalam Skuad Utama KV Kortrijk ● | Padu Beb! by @Liku Kehidupan - Post Details

Ini Rupanya Sebab Mengapa Loqman Hakim Disenaraikan Dalam Skuad Utama KV Kortrijk ● | Padu Beb!

Mohon SUBSCRIBE Channel Ini Untuk Mendapatkan Info Terkini Setiap Hari.. Pengurus KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe memberikan faktor utama mengapa beliau menyenaraikan penyerang Bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim dalam matchday squad untuk perlawanan menentang RSC Anderlecht Sabtu ini. Yves menegaskan Luqman memiliki kepantasan serta teknik yang baik selain menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan pasukan. “Ini adalah pemilihan pertama buat Luqman. Pada masa ini kita mempunyai pemain yang tidak dapat beraksi dan ini membuka ruang kepada Luqman. “Dia menunjukkan prestasi baik semasa latihan. Dia juga mempunyai kepantasan dan memiliki teknik yang baik,” kata Yves Vanderhaeghe. Sebelum ini, Luqman berjaya mencipta jaringan pada perlawanan kompetitif pertama beliau bagi tahun 2020 bersama skuad Bawah 21 tahun KV Kortrijk. Luqman menjaringkan gol kemenangan ketika Kortrijk menewaskan K Beerschot VA dengan keputusan 1 kosong pada perlawanan Jupiler Pro League Bawah 21 minggu lalu. Sekian info dari saya. Salam hormat. Sumber dipetik dari vocket fc.

Similar Posts!