Unifi LIGA SUPER MALAYSIA 2018 | PERAK FA VS KUALA LUMPUR FA __ __ __ __ TAMAT PERLAWANAN PERAK 3 - 0 KUALA LUMPUR Leandro Dos Santos Oliviera 27' (P) Wander Luiz Bitencourt Junior 65' Gilmar Jose Da Silva Filho 72' Demi Lencana Didada #PerakTBG #KejorrYobKejorr #KejorrYobSkorr #TheBosWillReturn PERAK menunjukkan kehebatannya pada babak kedua apabila membaham Kuala Lumpur 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak. Selepas mendahului 1-0 pada babak pertama, anak buah Mehmet Durakovic menambah derita The City Boys dengan dua lagi gol. Dengan kemenangan itu, The Bos Gaurus melonjak ke kedudukan ketiga liga di belakang Johor Darul Ta’zim dan Pahang dengan 13 mata. Pada perlawanan itu, gandingan trio Brazil - Leandro Dos Santos, Wander Luiz, Gilmar Jose Da Silva masing-masing mencatat nama sebagai penjaring gol tuan rumah. Leandro membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-25. Wander Luiz yang mensia-siakan beberapa peluang pada babak pertama, akhirnya menebus kehampaan apabila menyudahkan bola yang muntah dari tangkapan Khatul Anuar Md Jalil pada minit ke-65. Tujuh minit kemudian, Gilmar menumpaskan Khatul menerusi usaha solo seterusnya melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sekali gus menebus kekecewaan terkandas di suku akhir Piala FA minggu lalu.
KEPUTUSAN PENUH UNIFI LIGA SUPER 2018, 06 May PERAK 3 - 2 TERENGGANU FC ⚽ Gilmar ⚽ J. Parthiban ⚽ Wender Luiz ⚽ Gilmar (P) ⚽ Lee Tuck (P)