JDT SENTIASA DAHAGAKAN KEJUARAAN Kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih kelima dan kali keempat berturut-turut apabila sekali lagi menumpaskan Kedah dilihat seperti pembuka selera kepada kejayaan yang lebih besar. Sebagai penyokong kita pasti tertanya-tanya apakah faktor utama yang mendorong para pemain JDT untuk terus dahagakan kejuaraan walaupun memenangi piala seakan-akan sudah menjadi rutin buat mereka. Jawapannya mudah sahaja iaitu pesanan pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada para pemain sama ada mereka mahu menjadi seorang pemain bola sepak atau mereka mahu menjadi pemain bola sepak yang hebat. Sudah tentu mereka mahu menjadi pemain bola sepak yang hebat dengan meninggalkan legasi untuk dikenang dalam lipatan sejarah kelab. Hasilnya 17 piala dalam 8 tahun berjaya dibawa pulang ke bumi Johor. Legasi adalah satu perkara yang sukar untuk kita tinggalkan. Banyak kerja keras perlu dilakukan dalam jangka masa panjang bagi mencapai matlamat itu dan kini pemain JDT semakin menghampiri sasaran yang ditetapkan. Tahniah kepada semua atas kejayaan terbaharu ini. Sentiasa ingat ini Johor Darul Ta’zim. Kita sentiasa berada pada kelas kita yang tersendiri. Berbanggalah dengan kemenangan ini dan teruskan sokongan walaupun tidak dapat turun ke stadium. Luaskan Kuasamu Johor. Sumber: Johor Southern Tigers credit: Johor Southern Tigers Liku Kehidupan
Sumber: JDTfc Credit: JDTfc.
SUBACRIBE Channel ini untuk mendapatkan info terkini Setiap hari.. . . . Sumber: JST kredit: JST.
SUBSCRIBE Channel ini untuk mendapatkan info terkini... . . .
SUBSCRIBE Channel ini untuk mendapatkan info terkini.... . . . Sumber: Harian Metro.